Blog / News

INTERAKSI STP (SESI II)

Posted by:

Sila rujuk kepada masukan bertarikh 21 Oktober 2009 di dalam blog ini mengenai sebuah sajak bertajuk: “Kisah Khalifah dan Sang Gunung”. Hasilkan sebuah sajak berteraskan fenomena alamiah sebagai bukti kekuasaan tuhan dengan menggunakan animasi di dalam sajak tersebut. Sajak tersebut perlu ditempatkan di dalam blog masing-masing dan berikan pautannya. (Tahun 1)

Sila rujuk kepada masukan bertarikh 27 Februari 2010 di dalam blog ini mengenai penerbitan sebuah antologi sajak berjudul “Verses of Angel/Kalimat dari Langit”. Berikan pemikiran kamu (secara ringkas tetapi tuntas) mengenai cara-cara alternatif untuk menunjukkan keperihatinan masyarakat persuratan Melayu terhadap bencana yang sedang melanda alam ini. Pandangan yang diberikan perlu diselitkan juga dengan illustrasi yang sesuai. (Tahun 2)
18

Discussion

  1. haniindy  March 2, 2010

    http://hairanisci-fi.tumblr.com/Hairani (Tahun 1)

    (reply)
  2. MissVanity  March 2, 2010

    "Verses of Angel/Kalimat dari Langit" merupakan suatu usaha baik yang dilakukan oleh masyarakat persuratan Melayu untuk menyebarluaskan sastera dan sekaligus memberi sokongan bagi mangsa-mangsa bencana di Haiti. Sajak-sajak di dalam buku tersebut ditulis dari hati-hati yang ikhlas yang ingin memberi sokongan melalui kata-kata yang memberangsangkan.Selain menghasilkan karya-karya yang dibukukan, masyarakat persuratan Melayu boleh menggunakan keupayaan menulis mereka untuk mengadakan bengkel penulisan bagi masyarakat umum dan duit yang didapati dari bengkel tersebut boleh dikirimkan ke Haiti. Harus juga disedari bahawa mangsa-mangsa di Haiti memerlukan bantuan dari segi motivasi untuk meneruskan kehidupan dan juga bantuan dari segi keperluan asas seperti makanan, air bersih untuk diminum dan sebagainya. Mereka yang mampu, mungkin boleh mengikuti pasukan palang merah untuk ke Haiti bagi mengagihkan bantuan tenaga. Bantuan dari segi apapun tetap akan dihargai dalam keadaan terdesak. Bagi masyarakat persuratan Melayu yang lain tetap dapat membantu dengan menghantar sajak-sajak yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris ke Haiti setelah keadaan mula reda untuk memberikan mereka semangat bagi menempuhi segala dugaan. Ini juga suatu usaha yang bermakna kerana mereka sendiri dapat membaca keikhlasan mesej yang hendak disampaikan. Konsert dan persembahan tidak begitu efektif kerana ia merupakan suatu pembaziran tenaga elektrik dan juga wang. Sebaliknya wang itu boleh didermakan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Konsert itu juga tidak akan dapat disaksikan oleh mangsa-mangsa bencana alam pada ketika itu kerana telekomunikasi, internet dan bekalan elektrik pasti terganggu setelah dilanda bencana. Lantas, ia hanya dapat ditonton sebagai hiburan oleh masyarakat lain dengan selesa sementara magsa-mangsa bencana masih memerlukan bantuan yang lebih realistik.-Puteri Nor' Atika

    (reply)
  3. Shamira  March 2, 2010

    Salah satu cara alternatif untuk memaparkan nilai kemanusiaan serta sifat keperihatinan masyarakat persuratan Melayu terhadap bencana alam seperti gempa bumi di Haiti ialah dengan menganjurkan sayembara menulis sajak dengan melibatkan para pelajar sekolah menengah sehingga peringkat universiti. Karya-karya bertemakan kemasyarakatan ini bertujuan untuk membangkitkan nilai kemanusiaan dan kesedaran terhadap mangsa-mangsa bencana alam.Selanjutnya,sajak-sajak yang mantap wajar memasuki pusingan seterusnya iaitu sajak tersebut perlu digubah untuk dijadikan sebuah lagu. Peserta haruslah membuat satu persembahan di acara kemuncak sayembara tersebut. Pengadil akan menilai mutu persembahan serta keindahan lagu tersebut dari aspek estetika dan sejauh mana lagu tersebut dapat memberi kesan kepada para pendengar. Akhir sekali, kesemua lagu-lagu yang telah digubah berdasarkan sajak-sajak itu akan dimuatkan ke dalam satu kompilasi album dan akan dijual kepada orang ramai. Hasil pungutan dari penjualan album akan didermakan kepada dana Palang Merah Singapura (Singapore Red Cross Society)untuk bantuan mangsa-mangsa bencana alam di serata dunia.

    (reply)
  4. knl  March 2, 2010

    Penerbitan 'Verses of Angels' (Kalimat dari langit) ialah usaha yang membangkitkan kemanusiaan dan menonjolkan keprihatinan masyarakat setempat terhadap golongan yang ditimpa musibah. Puisi-puisi yang dimuatkan membicangkan pelbagai tema kemanusiaan yang menggambarkan bagaimana masyarakat persuratan Singapura menunjukkan nilai-nilai murni. – Nurul Fasha Selain daripada penerbitan buku seperti ini, usaha lain juga dapat dilakukan agar masyarakat dapat menyumbang kepada mereka yang tidak bernasib baik. Masyarakat persuratan dapat mengadakan 'drive' atau karnival untuk mengumpul dana. Sasterawan-sasterawan terkemuka dapat hadir dan menawarkan kelas-kelas kecil untuk mengajar masyarakat asas penulisan. Penggiat sastera yang lain dapat mengadakan persembahan deklamasi, tari-dra, lakonan dan sebagainya di karnival itu. Saudari Puteri telah menyatakan bahawa mengadakan konsert merupakan satu pembaziran. Namun demikian, karnival ini harus menyelitkan sedikit elemen hiburan untuk menarik perhatian orang ramai. Ini kerana dunia persuratan Melayu Singapura tidak begitu besar dan jika kita hanya bergantung kepada itu, ia akan menjadi sukar untuk mendapat sambutan hebat. Mungkin, untuk mengadakan karnival seperti ini, masyarakat persuratan Melayu boleh bergabung dengan badan-badan lain seperti kelab teater, tarian, dikir barat, gamelan dan aspek-aspek kebudayaan Melayu yang lain. Lantas, ia tidak menjadi satu usaha menyendiri dan dapat mendapat sambutan yang lebih baik.

    (reply)
  5. sally  March 2, 2010

    http://siti-salmah.blogspot.com/2010/03/sajak-air-tenang-menjadi-raksasa.html- Siti Salmah Binte Hamid (Tahun 1)

    (reply)
  6. aida norliza  March 2, 2010

    Penerbitan antologi sajak "Verses Of Angels/Kalimat Dari Langit" merupakan usaha yang dapat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat berbilang bangsa terhadap bencana yang melanda Haiti. Sajak merupaka genre yang dapat menyampaikan maksud dan pengajaran secara padat tetapi penuh bermakna. Maka itu, satu alternatif berunsur persajakan akan lebih mudah dihayati apabila di deklamasikan atau dilagukan. Bagi usaha untuk menyebarkan keprihatinan terhadap tragedi yang melanda dunia ini, ialah dengan cara mengkompilasikan sajak-sajak yang dapat dikumpul menerusi media internet dalam sesebuah blog.Sajak-sajak yang terbaik pula akan dideklamasikan atau dilagukan, lalu dimuatkan dalam bentuk CD. Penulisan sajak-sajak yang dideklamasikan atau lirik sajak-sajak yang dilagukan juga di cetak dalam bahasa Melayu dan terjemahan dalam bahasa Inggeris.Kompilasi CD ini dapat diedarkan di sekolah-sekolah. Kaedah facebook boleh digunakan untuk menyebarkan usaha mengumpulkan dana. Pengumpulan penjualan didermakan kepada badan-badan yang mengusahakan saluran kepada mangsa-mangsa bencana di Haiti. Sekaligus, usaha ini mengembangkan dunia penulisan dan persuratan dan dihasilkan mengikut kerelevenan masa kini.

    (reply)
  7. Nur Hafizah  March 2, 2010

    Peneritan buku “Kalimat dari Langit” adalah satu usaha yang baik oleh masyarakat persuaratan Melayu untuk membantu mangsa-mangsa bencana di Haiti. Usaha seperti ini harus diteruskan dan juga dipelbagaikan dengan alternatif-alternatif lain. Cadangan-cadangan yang diberikan saudari Shamira sangat baik dan boleh ditimbangkan oleh masyarakat persuratan Melayu pada masa hadapan.Tujuaan masyarakat persuratan Melayu ialah untuk menunjukkan keperihatinan terhadap bencana yang sedang melanda alam ini. Lantas, usaha-usaha hendaklah dipastikan tidak tersasar dari matlamat tersebut. Antara yang boleh dilakukan ialah mengadakan sayembara menulis karya-karya kreatif yang bertemakan alam. Sayembara ini terbuka kepada penulis-penulis remaja dan dewasa. Selain dapat menimbulkan perasaan cinta terhadap alam, inisiatif ini juga menyediakan peluang dan ruang untuk penulis-penulis baru berkarya. Semua karya-karya akan dibukukan dan dijual bagi mendapatkan dana untuk magsa-mangsa bencana alam yang memerlukan. Pementasan berdasarkan karya yang menjuarai sayembara tadi boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Ini dapat memastikan mesej yang ingin disampaikan masyarakat persuratan Melayu dapat diterima oleh semua peringkat umur.-Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

    (reply)
  8. shahedabintalib  March 2, 2010

    http://shahedabintalib.blogspot.com/2010/03/badai-pasir.htmlShaheda Bte Salim (Tahun 1)

    (reply)
  9. Mainura  March 2, 2010

    Penerbitan sebuah antologi sajak berjudul "Verses of Angel/Kalimat dari Langit" merupakan satu usaha baik yang dilakukan oleh persuratan Melayu tempatan. Ia memberikan manusia rasa keinsafan dan kesedaran akan musibah yang berlaku di sekeliling kita ini. Selain itu, cara alternatif yang dapat dilakukan persuratan Melayu ialah memberikan kupasan-kupsan untuk dibukukan.Kupasan-kupasan ini meliputi bukan sahaja akan musibah yang menimpa tetapi juga mengenai negara terbabit. Kupasan-kupasan ini akan memberi ruang kepada masyarakat umum untuk dapat mengenali lebih lanjut lagi latar belakang budaya, ekonomi serta cara hidup yang diamalkan oleh mereka. Melalui kupasan-kupasan yang diberikan, diharap ia dapat mengumpulkan saranan-saranan untuk mengumpulkan dana serta keperluan-keperluan lain yang bersesuain buat negara tersebut. Ini boleh dianggap sebagai satu memo dan pendokumentasian mengenai musibah yang melanda dan mempergiat usaha menggalakkan pembukukan dan mengutarakan pandangan serta pemikiran oleh penulisan tempatan. – Mainura Mawi

    (reply)
  10. syahirah nabilah  March 2, 2010

    Penerbitan antologi sajak seperti 'Verses Of Angels' merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk membantu mangsa-mangsa bencana seperti di Haiti. Sesebuah sajak yang dihasilkan boleh menyampaikan luahan dan rasa simpati kepada mangsa bencana sedemikian dan sekurang-kurangnya mereka akan merasaakan bahawa terdapat juga insan di luar sana yang turut simpati dengan keadaan mereka.Alternatif lain yang boleh digunakan ialah seperti membuat sebuah rakaman video yang merakamkan ucapan-ucapan simpati dan pada masa yang sama dapat juga selitkan rakaman nyanyian atau lakonan khas untuk mangsa-mangsa haiti. Rakaman lakonan itu tidak semestinya harus berunsurkan serius tetapi ia juga boleh berunsurkan komedi sebagai penenang dan penghibur jiwa di sana apabila mereka menonton rakaman video tersebut, sekurang-kurangnya mereka boleh melupakan rasa sedih mereka sebentar.Rakaman video ini boleh diusahakan oleh sekolah-sekolah di Singapura dan boleh dinamakan 'Gifts from the Angels' atau 'Hadiah dari langit' dan pada masa yang sama rakaman video yang akan dikeluarkan dalam bentuk cd akan dilancarkan pada hari karnival yang akan diadakan seperti yang dicadangkan oleh saudari Nurul Fasha.selain mengutip derma daripada penjualan CD, ia juga akan dihantar kepada Haiti sebagai hadiah.Pada pandangan saya, kesemua idea yang diberikan oleh rakan-rakan amat bernas sekali dan sekiranya digabungkan ia pasti akan menjadi satu inisiatif yang baik dan elemen hiburan serba sedikit juga memainkan peranan untuk membantu mangsa-mangsa bencana ini.saya lampirkan pautan kepada konsert 'Hope for Haiti Now Telethon' sebagai contoh.http://www.youtube.com/watch?v=R0PCqXeIMIIsemoga kesemua inisiatif dan usaha ini dapat memberikan kelainan kepada mangsa-mangsa bencana ini.-syahirah Nabilah

    (reply)
  11. Shahirah Samsudin  March 2, 2010

    AssalamualaikumTugasan sajak.Ini URLnya – http://shahirahkim.blogspot.com/2010/03/sajak-air-tugasan-elearning.htmlSHAHIRAH SAMSUDIN

    (reply)
  12. shashasha affan  March 2, 2010

    Assalamualaikum Cikgu. Berikut adalah lampiran Blog Saya, Shahirah Bt. Affan.http://shashasha-you-and-i.blogspot.com/2010/03/sajak-ciptaan-tuhan.html

    (reply)
  13. sitinoraishasenin  March 2, 2010

    http://karyasitinoraisha.blogspot.com/2010/03/ombak.html-siti noraisha bte mohamed senin tahun 1

    (reply)
  14. simplistic_me  March 2, 2010

    saha ‘Verses of Angles/ Klimah dari Langit’ merupakan suatu inisiatif dan usaha yang sangat baik. Sajak-sajak yang terkumpul di dalam ini diharapkan dapat menjadi sumber motivasi bagi mangsa-mangsa Haiti dalam malayari hari-hari esok. Ia juga membunjukkan bahawa masih ada insan yang bersimpati atas mnasib mangsa-mangsa ini.Di samping itu, terdapat pelbagai alternatif lain untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap mangsa Haiti. Seperti yang dikatakan oleh Saudari Puteri bengkel penulisan dapat dijalankan untuk menimbulkan kesedaran kepaada masyarakat Melayu tentang mangsa-mangsa Haiti. Lantas, mereka juga boleh bekerjasama untuk membantu mangsa-mangsa ini.Konsert amal juga boleh di jalankan dengan memastikan matlamat yang ingin diraih tercapai. Lantas, tidak hanya pembaziran yang berlaku. Di samping itu, lagu-lagu ini, digalakkan merupakan lagu gubahan untuk mangsa-mangsa Haiti dapat dirakamkan dalam bentuk CD.-Sri Syazwani

    (reply)
  15. Nur Ilham  March 2, 2010

    Bencana yang melanda Haiti adalah sebuah peristiwa yang amat mengejutkan dan menyedihkan bagi sekelian umat manusia. Setiap manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri akan berasa simpati dan belas terhadap para mangsa bencana tersebut.'Verses of Angels' merupakan usaha untuk merakamkan dan menyampaikan perasaan belas, simpati dan kasih sayang sesama manusia dalam bentuk fizikal; yang dapat dilihat, dikongsi, dinilai dan seterusnya menjana kesedaran sesama manusia. Sebahagian besar daripada karya-karya yang terdapat di dalam buku 'Verses of Angels' dihasilkan oleh golongan belia dan para pelajar. Saya pasti ramai di kalangan para penyair muda ini menjalankan kajian sendiri tentang bangsa, agama, budaya dan lain-lain perkara lagi yang berhubungkait dengan masyarakat Haiti; dalam proses menghasilkan karya-karya mereka. Secara tidak langsung, para belia dan pelajar ini dapat mengenali dunia masyarakat Haiti (sebuah masyarakat yang agak terpencil) dengan lebih dekat lagi. Justeru, karya-karya yang dihasilkan bukan sahaja satu usaha bagi merakamkan perasaan dan luahan terhadap peristiwa tragedi yang berlaku semata-mata, tetapi juga perkongsian ilmu tentang dunia yang asing di luar konvensi.Pelbagai inisiatif dapat dijalankan oleh masyarakat persuratan Melayu dalam usaha memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang kejadian atau peristiwa yang berlaku di negara-negara lain. Sebagai para aktivis persuratan, tentu sekali usaha dan kegiatan yang dijalankan akan bersifat kreatif dan proaktif tentu sekali. Akhir sekali, segala usaha yang dilakar dan dilaksanakan haruslah jelas dan ikhlas dalam menepati matlamatnya.

    (reply)
  16. Special Training Programme  March 3, 2010

    Abdul Fattahhttp://fattah.tumblr.com/

    (reply)
  17. Abdul  March 3, 2010

    http://fattahsci-fi.tumblr.com/ Abdul FattahTahun 1

    (reply)

Add a Comment