Blog / News

INTERAKSI STP (SESI I)

Posted by:

Sila rujuk kepada Cerpen ‘Bapa tradisi’ di bawah. Buatkan sebuah cerpen berteraskan multimedia. Cerpen tersebut harus dinaikmuatkan di dalam sebuah blog. Berikan pautan blog tersebut. (TAHUN 1)

Berikan komen anda mengenai komen MM Lee terhadap kedudukan masyarakat Melayu Singapura dengan merujuk kepada masukan di dalam blog in bertarikh Ogos 20, 2009 di dalam blog ini. (TAHUN 2)

9

Discussion

  1. bintangmagis  March 1, 2010

    Kedudukan bangsa Melayu di Singapura memang menjadi satu isu yang hebat diperbincangkan. Bangsa Melayu di Singapura menjadi kaum minoriti sementara dikelilingi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Ini pasti akan mengubah sikap bangsa Melayu.- Nurul Fasha SamsudinSememangnya, orang Melayu Singapura mempunyai daya penakatan yang luarbiasa dan kebolehan yang menyerlah. Kedudukan sebagai minoriti tidak dijadikan benteng untuk menggapai kejayaan. Tambahan pula, komen MM Lee tentang kedudukan mereka akan memberangsangkan dan menaikkan lagi semangat perjuangan bangsa Melayu di Singapura. Lantas, ia menjadi tanggungjawab dan tugas pemimpin Melayu untuk mengambil kesempatan dari komen MM Lee untuk meniupkan semangat baharu dalam diri orang Melayu dan mempergiatkan usaha-usaha untuk menaikkan taraf kehidupan bangsa Melayu Singapura.

    (reply)
  2. Shamira  March 1, 2010

    Kaum Melayu merupakan orang asal Singapura tetapi kini kaum Cina merupakan kaum majoriti dan kita merupakan kaum minoriti. Sebagai sebuah negara majmuk yang berteraskan meritokrasi, pemerintah sering mengingati rakyat tentang pentingnya menjaga keharmonian kaum.Fasal 152 dan Fasal 153 merupakan dua peruntukan khas dalam Perlembagaan Singapura mengenai kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan kaum peribumi di sini. Pemerintah telah mengatakan bahawa mereka akan melindungi dan menjaga kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, keadaan sosial, budaya dan bahasa Melayu. Berdasarkan peruntukan khas ini, masyarakat Melayu perlulah mengambil kesempatan dan memanfaatkan peluang dan ruang yang telah disediakan khas untuk masyarakat kita. Jika masyarakat Melayu bijak memanfaatkan peluang ini, ia dapat membantu untuk memajukan taraf ekonomi serta pendidikan masyarakat Melayu agar kita dapat berdiri setaraf dengan kaum-kaum lain di Singapura. -Nurshamira Johari

    (reply)
  3. syahirah nabilah  March 1, 2010

    Pandangan yang diberikan oleh Saudari Nurul Fasha sememangnya benar bahawa, kedudukan masyararakat Melayu di Singapura sentiasa menjadi satu isu. Masyarakat Melayu yang merupakan kaum minoriti sering mempersoalkan tetang hak dan kedudukan mereka di Singapura. Oleh yang demikian, dengan pernyataan yang diberikan oleh Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew bahawa hak masyarakat Melayu akan dijaga, ini serba sedikit telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Melayu bahawa hak mereka, terutama sekali Bahasa Melayu akan sentiasa dipelihara dan ini membuka mata mereka bahawa masyarakat Melayu sebenarnya mempunyai kepentingan di Singapura.Namun demikian, masyarakat Melayu tidak boleh duduk dan berasa senang hati dengan pernyataan tersebut, sebaliknya mereka harus terus berusaha dan bekerja keras untuk membuktikan bahawa hak masyarakat Melayu sememangya layak untuk dipelihara kerana mereka sentiasa maju ke hadapan dan memberikan kejayaan kepada pembangunan ekonomi dan negara Singapura.Semoga pernytaan MM lee membawa semanagat kepada masayarakat Melayu untuk bangkit dan maju ke hadapan. – Syahirah Nabilah

    (reply)
  4. Nur Hafizah  March 1, 2010

    Singapura ialah sebuah negara majmuk. Namun demikian, kebajikan dan hak-hak keistimewaan masyarakat Melayu sebagai peribumi tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Singapura. Seperti yang dinyatakan saudari Shamira bahawasanya terdapat fasal 152 dan 153 dalam Perlembangan Singapura yang menjaga kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, keadaan sosial, budaya dan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, masyarakat Melayu tidak perlu khuatir akan kedudukan mereka sebagai menoriti di negara majmuk ini. Sebaliknya, masyarakat Melayu harus memikirkan cara-cara untuk memanfaatkan peluang dan ruang yang disediakan kerajaan untuk mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi. Pada pendapat saya, kelebihan dan manfaat yang diberikan kerajaan kepada masyarakat Melayu dalam aspek pendidikan harus digunakan sepenuhnya. Pendidikan membantu melahirkan insan kamil yang cemerlang dan bijak membezakan antara yang menguntungkan dan yang merugikan. Golongan insan cemerlang inilah diharapkan dapat memberikan idea-idea baru yang dapat menyumbang kepada penakatan masyarakat dan negara. Pembelajaran sepanjang hayat pula hendaklah dijadikan satu ideologi yang sebati dengan pemikiran masyarakat Melayu/Islam Singapura dan jangan sekali-kali diletakkan sebarang sempadan ke atasnya. Masyarakat Melayu/Islam telah ada dan menakat bersama dengan wujudnya Kota Singapura. Justeru itu, tidak mustahil untuk mereka mengecap pembangunan yang sama seperti yang dikecapai Singapura sepanjang 44 tahun ia menjadi sebuah wilayah yang merdeka.-Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

    (reply)
  5. Nur Ilham  March 1, 2010

    Komentar oleh MM Lee itu merupakan sebuah pendokumentasian tentang tanggungjawab pemerintah Singapura terhadap hak orang Melayu. Sehubungan itu, masyarakat Melayu di Singapura harus terus giat mempertingkatkan usaha bagi pembangunan dan kemajuan mereka sendiri. Kebimbangan, keraguan dan wasangka terhadap pemerintah semestinya wujud dalam sesebuah masyarakat minoriti merata dunia. Namun demikian, masyarakat Melayu di Singapura tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dan mengharapkan sesuatu 'keajaiban' akan berlaku untuk mengubah nasib mereka. Pernyataan MM Lee itu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu tidak perlu bimbang lagi akan penyekatan terhadap amalan budaya dan bahasa Melayu di negara Singapura, kerana pemerintah memberi kebebasan kepada mereka untuk terus kekalkan jati mereka sebagai orang Melayu. Namun demikian, masyarakat Melayu Singapura perlu bijak dalam mengimbangi amalan budaya dan bahasa dengan keperluan negara. Akhir sekali,hak peribumi sering menjadi persoalan utama golongan tertentu di kalangan masyarakat Melayu. Sehubungan itu, masyarakat Melayu perlu menepuk dada dan tanya diri mereka sendiri sama ada mereka layak untuk bergelar peribumi jika mereka sendiri tidak berusaha untuk sama-sama memajukan tanahair mereka.

    (reply)
  6. Mainura  March 1, 2010

    Kejayaan yang dikecapi oleh sesebuah bangsa itu sebenarnya bukan hanya terletak kepada kelebihan mahupun jumlah mereka. Kejayaan yang dihasilkan oleh bangsa itu sebenarnya lahir daripada kesepakatan dan kebijaksaan mereka untuk membangun bersama. Perubahan yang dilakarkan demi pembangunan negara adalah lebih mudah berbanding perubahan membangunkan sebuah bangsa. Seringkali pemikiran, persepsi dan prisip yang ada dalam sebuah bangsa itu telah sebati. Oleh demikian, ia agak sukar untuk mengikis perkara-perkara tersebut. Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Saudari Hafizah yang menyatakan bahawa masyarakat Melayu/Islam Singapura mampu mengecap pembangunan selaras dengan pembangunaan negara. Namun demikian, hal ini hanya dapat berlaku jika masyarakat dapat mengubah corak pemikiran dan mampu bergerak bersama selaras dengan arus perubahan yang dialami oleh negara. Ini bukan suatu perkara yang agak mustahil kearana negara Singapura bergerak di atas landasan meritokrasi. Oleh demikian, mereka seharusnya giat berusaha agar mampu berdaya saing sama setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Lantas itu, isu hak orang Melayu sebagai minoriti dan peribumi tidak seharusnya dijadikan satu isu kepada negara. -Mainura Mawi

    (reply)
  7. MissVanity  March 1, 2010

    MM Lee merupakan seorang strategis dan pemimpin yang berjaya membangunkan Singapura seperti mana yang dilihat pada zaman moden ini. Pembelaan MM Lee terhadap masyarakat Melayu di Singapura ternyata sangat bererti lebih-lebih lagi dengan adanya kemasukan pendatang-pendatang asing atau lebih dikenali sebagai 'foreign talents' di Singapura sejak kebelakangan ini. MM Lee mengingatkan tentang Konstitusi Singapura yang mengatakan bahawa pemerintah harus sentiasa ingat tentang hak dan jasa masyarakat Melayu Singapura yang juga merupakan masyarakat peribumi. Ini dilakukan agar masyarakat Melayu sentiasa rasa dihargai oleh pemerintah dan tidak akan mudah memberontak atau menunjuk perasaan apabila keadaan semakin tegang akibat kemasukan para pendatang asing. Dapat dikatakan bahasa pemerintah membela masyarakat Melayu dalam hal ini kerana hendak menyedapkan hati masyarakat Melayu Singapura. Selain itu, pemerintah juga benar-benar menghargai orang-orang Melayu yang mempunyai tahap toleransi yang tinggi berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Memandangkan MM Lee sudah mengeluarkan pernyataan-pernyataan sedemikian, masyarakat Melayu harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mendapatkan hak orang Melayu daripada pemimpin-pemimpin kita. Ia juga dapat dijadikan motivasi untuk bekerja dengan lebih keras untuk memajukan ekonomi dan taraf negara Singapura.-Puteri Nor' Atika

    (reply)
  8. syaz  March 2, 2010

    Tidak dapat dinafikan bahawasanya masyarakat Melayu semakin terbelakang jika dibandingkan dengan bangsa lain. Namun demikian, bukan terlambat untuk kita terus mempuerbaiki diri dan meningkatkan taraf kehidupan kita sebagai masyarakat Melayu. kita seharusnya bekerjasama dalam memperbaiki keadaan kita kini. Tidakkah menjadi persoalan bagaimana masyarakat Melayu yang dahulunya merupakan masyarakat pribumi kini menjadi bangsa minoriti? Kini merupakan masa yang baik untuk masyarakat Melayu merebut peluang yang ada. Seperti yang telaah dikatakan, masyarakat Melayu perlu terus membangun dan membuktikan kepada masyarakat yang lain bahawa kita juga boleh berjaya. Masyarakat Melayu perlu sedar bahawa jika mereka tidak menaikkan taraf mereka, tidak mustahil jika suatu hari bangsa mereka dipijak dan hak mereka akan diambil. Lantas, ini merupakan suatu kesedaran kepada Masyarakt Melayu agar terus meningkatkan diri.- Sri Syazwani

    (reply)
  9. aida norliza  March 2, 2010

    Pernyataan MM Lee seharusnya dijadikan semangat kepada masyarakat Melayu bahawa pemerintah mementingkan sumbangan mereka untuk dalam membangunkan negara ke arah kemajuan dan kecemerlangan.Masyarakat Melayu wajar menerima dan menyesuaikan keperluan negara yang mementingkan dasar politik, pendidikan, agama, ekonomi, keadaan sosial, budaya dan bahasa agar dapat mencerminkan keadaan negara yang bersatu dengan adanya pelbagai kaum.Malahan, setiap kaum berperanan dengan menempatkan negara di tahap yang patut dibanggakan masyarakatnya kini. Masyarakat Melayu harus terus berusaha dan bergerak mengikut keperluan negara agar usaha mereka tidak disia-siakan. Liza

    (reply)

Add a Comment