Blog / News

Posted by:

BAPA TRADISI
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Sekitar kawasan busut menjadi sunyi seketika apabila Setam memekik. Hatinya begitu marah sekali setelah menyedari hakikat bahawa dia telah diperguna oleh kawan-kawannya sendiri. Beliau sedar kini bahawa kehadirannya sekadar mengisi ruang kosong dalam busut itu. Dia juga sedar bahawa kehadirannya tidak akan membawa apa-apa perubahan pada kedudukan jenisnya. Semut Permaisuri tetap menjadi ketua mereka. Setam ketagihkan demokrasi. Kemarahan yang meluap-luap itu menyebabkan kawan-kawannya yang lain seperti terpaku. Mereka tidak sangka bahawa semut hitam yang mereka sering mempersendakan mampu menggemparkan kawasan busut itu.

“Kamu semua fikir yang aku ni buta, tuli, kuli batak. Ikut sahaja apa yang kamu suruh?” Bentak Setam dengan muka yang merah.

“Aku setuju menjadi wakil kepada semut-semut hitam yang lain dengan satu harapan sahaja – PERJUANGAN HAK ASASI !” Tambahnya.

“Rupa-rupanya kamu semua lebih senang menjadi babu dan pak turut kepada orang-orang atasan yang hanya mempergunakan kamu. Hei ! bangunlah. Sampai bila nak tunduk sahaja. Asalnya perjuangan. Kini jadi apa? Kamu semua terlalu membuat kerja kuli batak sampaikan perjuangan sebenar semakin malap.” Setam menengkin.

Setam benar-benar tidak setuju dengan cara teman-temannya yang lain bertungkus-lumus bekerja sebagai ahli jawatankuasa

“Perjuangan Kebebasan Hak Asasi Semut; KERTAM (kerengga dan hitam). Perjuangan yang tidak berhaluan.

“Hei Setam, kau jangan salah faham, kami ni semuanya sukarela, tau tak. Kau jangan nak berkira sangat. Ini semua untuk perjuangan kita juga.” Kereng cuba mempertahankan kedudukannya dan kawan-kawannya yang lain.

“Kalau kau tak nak bantu, janganlah mengutuk pula. Sekurang-kurangnya kita telah menabur bakti kepada masyarakat. Engkau tabur apa ?” Sampuk Kega sinis.

“Tabur air liur saja terpekik-pekik ! Ha…Ha…Ha”, tambah Kere dan diikuti oleh gelak dari ketiga-tiga kawan Setam itu.

Setam kesal dengan sikap kawan-kawannya itu. Dia sedar amat payah untuk menyedarkan mereka yang masih rela dijajah oleh jenisnya sendiri.

Pada saat ini semut hitam dan semut kerengga sedang dijajahi oleh Semut Permaisuri dan semut-semut askar. Setam sedar akan tradisi yang sekian lama berdarah daging dalam setiap semut-semut di busut itu amat payah diatasi. Semut hitam tetap di dalam kategori semut pekerja sementara semut kerengga pula di dalam kategori mandur kerana saiz mereka. Namun demikian di dalam jiwa semut-semut kerengga itu juga terselit keinginan untuk mendapatkan kebebasan. Maka terjadilah satu “komplot” antara semut hitam dengan semut kerengga untuk menjatuhkan Semut Permaisuri dan askar-askarnya. Mereka berharap dapat menubuhkan satu busut berdemokrasi. Mereka ingin menukar tradisi.

*****

“Penat betul hari ini”, kata Kere sambil mengesat peluh didahinya.

“Eh ! Kereng, mana Kerengga I, ketua kita ? Belum pernah aku nampak dia di sini. Bukankah dia sepatutnya berada di auditorium ini bersama kita. Kata penaung persatuan hak asasi KERTAM. Takkanlah tak jenguk persiapan yang sedang dijalankan”. Tambah Kere.

Kereng menggerakkan sesunggutnya ke atas tanda tidak tahu mengapa Kerengga I tidak pernah hadir di tempat itu.

“Jangan cakap Kerengga I, Kerengga II, dan Kerengga III pun tak pernah kelihatan. Maklumlah orang-orang atasan, mana ada masa nak datang ke sini”. Sampuk Kega.

“Sudahlah, kan ini semua tugas kita. Apa nak bising-bising lagi. Mereka datang atau tidak itu bukan persoalannya. Yang penting tugas kita terlaksana. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa kita ni boleh diharap dan berpotensi.” Kereng cuba mempertahankan orang-orang atasan itu.

Kereng sering mengingati segala bantuan yang pernah diberikan Kerengga I kepada beliau dan rakan-rakannya. Beliau pernah pada suatu ketika membantu mereka mendapatkan keahlian dalam Busut Kerengga Elit (BKE) walaupun belum ada semut kerengga yang pernah diterima masuk ke busut itu. Berkat bantuan beliau, kini mereka berempat bersama-sama belasan rakan yang lain tergolong dalam kumpulan semut elit yang memperjuangkan hak asasi semut hitam dan kerengga. Namun demikian yang aktif hanyalah segelintir sahaja. Mereka berempat inilah yang sering tampil ke hadapan apabila terdapat perkara-perkara yang bersangkutan dengan KERTAM. Yang lainnya senyap sahaja.

Perasaan “hutang budi” ini sering membuat Kereng merasa seperti mempunyai tanggungjawap untuk menjalankan segala suruhan Kerengga I. Kereng biasanya akan mengemblingkan tenaga kawan-kawannya untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Perasaan ini juga bertambah apabila Kerengga I membenarkan Kereng mengembling bantuan semut-semut hitam dan menjadikan mereka ahli jawatankuasa KERTAM.

* * * * *

“Tahniah, Kerengga I. Nampaknya persatuan yang kamu naungi ini begitu canggih dan aktif. Beta pasti perjuangan ini akan berhasil. Syabas beta ucapkan. Kamu memang mempunyai idea yang baik dan berkesan”. Kata semut permaisuri kepada Kerengga I pada acara hari pelancaran KERTAM.
“Oh, terima kasih, tuanku permaisuri. Lagipun patik juga dibantu oleh rakan seperjuangan patik. Inipun mereka. Kenalkan Kerengga II dan Kerengga III.” Kerengga I memberi respons kepada kata-kata Semut Permaisuri sambil memperkenalkan dua orang temannya.

“Patutlah, rupa-rupanya kamu dibantu oleh dua semut pakar ini.” Tambah baginda.

Semasa perbualan itu berlangsung, Setam berada dibelakang Kerengga I. Saiznya yang kecil jika dibandingkan dengan semut-semut kerengga di situ menyebabkan Setam tidak disedari kehadirannya di situ oleh Kerengga I. Setam terperanjat dengan apa yang didengarnya. Ia hairan mengapa Kereng dan rakan-rakannya tidak diperkenalkan kepada permaisuri sedangkan mereka yang telah bertungkus-lumus merancang dan menjayakan KERTAM tersebut. Apakah maksud semut permaisuri dengan rancangan canggih itu?

“Macamana ni ? Kalau aku beritahu mereka apa yang aku dengar, pasti mereka fikir aku mereka-reka benda yang tak benar. Mungkin mereka syak bahawa kebencian aku kepada Kerengga I dan rakan-rakannya menyebabkan aku berkata demikian “. Setam berkata dalam hatinya.

Majlis pelancaran KERTAM pun secara rasminya bermula. Pengerusi majlis memberikan ucapan dan diikuti oleh majlis menandatangani memorandum persefahaman antara KERTAM dan Semut Permaisuri.

Tiba-tiba Kega menghentak meja sambil merenung tepat ke arah Kereng.

“Cis ! Mana boleh macam ini. Apa maksud ini semua. Mengapa Kerengga I, Kerengga II dan Kerengga III menandatangani memorandum persefahaman bersama Semut Permasuri. Bagaimana dengan perjuangan kita. Majlis ini seharusnya mengemukakan beberapa cadangan menuntuk hak-hak kebebasan kita! Bukannya satu persefahaman.” Kereng membeku. Ia juga merasa hairan dengan apa yang sedang berlaku. Setam pula tersenyum sinis tanda kepuasan.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa wakil-wakil busut semut hitam dan kerengga telah bersetuju untuk meneruskan tradisi dalam sistem kerajaan berpermaisuri. Memorandum ini akan berterusan sepanjang hayat.” Makluman dari pengerusi majlis.

“Sebenarnya aku telah tahu perkara ini terlebih dahulu. Aku terdengar perbualan Kerengga I dengan tetamu terhormat tetapi aku tak berani nak beritahu kamu semua. Maklumkah aku ni kan kecil dan tak tahu apa-apa tentang berorganisasi. Aku rasa inilah yang dikatakan politik semut.” Setam seperti menuang minyak ke api.

Kega, Kere, Kereng serta Setam tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka juga tidak dapat bergerak dari tempat mereka. Semut-semut pengawal telah mula mengawasi tempat mereka. Mereka terpaksa berdiam diri sahaja. Keadaan ini dianggap oleh semut-semut lain sebagai satu persetujuan kepada memorandum tersebut.

* * * * *

“Kerengga I sibuk. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang-orang bawahan.” Jawab Semut Pengawal apabila Kereng cuba memasuki busut ketua.

“Saya adalah presiden KERTAM. Saya yang membantunya. Saya perlu berjumpa beliau.” Kereng cuba menjelaskan keadaan.

“Ha..ha..ha! Ini rupanya ketua kepada sistem perhambaan yang berterusan. Kerana kau kita semua masih menjadi hamba kepada tradisi bukan demokrasi. Kerana kau, kami masih dan akan terus menjadi semut pengawal. Lebih baik kau pergi dari sini sebelum kau kami heret ke busut hukuman.” Bentak Semut Pengawal bersedia untuk menyerang.

“Selagi hadir golongan yang cintakan tradisi, tidak akan ada peluang demokrasi kerana tradisi penyogok demokrasi”. Kereng berkata di dalam hatinya setelah menyedari hakikat bahawa sistem tradisi telah menguasai jenisnya sendiri.

Ironisnya dia kini tercatat dalam sejarah semut sebagai BAPA TRADISI.

Kereng kesal dengan apa yang terjadi. Namun hatinya masih mahukan kebebasan untuk semua semut.

13

Discussion

  1. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 1, 2010

    http://www.todavialeamore.blogspot.com/

    (reply)
  2. sheRA  March 1, 2010

    Assalamualaikum Cikgu dan semua,ini URL blog post saya,http://shahirahkim.blogspot.com/2010/03/kapten-ym-e-learning-stp.htmlTerdapat beberapa masalah teknikal bagi video saya sendiri. Oleh itu saya taruk video dari youtube buat sementara.

    (reply)
  3. shashasha affan  March 1, 2010

    http://shashasha-you-and-i.blogspot.com/

    (reply)
  4. haniindy  March 1, 2010

    http://hairanisci-fi.tumblr.com/Salam semua, Fattah menghadapi masalah teknikal semasa membuat blog. Saya meletakkan cerpen beliau dalam blog saya buat sementara waktu sehingga beliau sudah menyelesaikan masalah teknikal tersebut.Terima kasih.

    (reply)
  5. sally  March 2, 2010

    http://siti-salmah.blogspot.com/As'kum Cikgu. Saya telah menghantar blog saya.Saya meminta maaf kepada Cikgu kerana menghantar lambat. Saya telah mengalami masalah blogger.Siti Salmah.

    (reply)
  6. sitinoraishasenin  March 2, 2010

    http://karyasitinoraisha.blogspot.com/

    (reply)
  7. IAN SIRNA AZALI  March 2, 2010

    http://sirna-azali.webs.com

    (reply)
  8. Special Training Programme  March 2, 2010

    Assalamualaikum cikgu,Ini merupakan link kepada blogspot saya.http://fattah.tumblr.com/NAmun demikian, saya masih menghadapi masalah teknikal muat turun powerpoint saya yang mengandungi animasi-animasi untuk sajak. Oleh itu, saya telah pun emelkan cikgu powerpoint saya yang mengandungi animasi-animasi tersebutYang benar,Fattah

    (reply)
  9. Abdul  March 3, 2010

    http://fattahsci-fi.tumblr.com/ Abdul FattahTahun 1

    (reply)

Add a Comment