Blog / News

Posted by:

UNGKAYAH!

Bayu menerpa sungi malam
melenakanku dalam lamunan matamu
Melor Kuala Lumpur mendampingiku
bersama menikmati Ambuyat di Tanjong Katong
air birunya melungsuri Sungei Mekong
menakung segala penulis terbaik Nusantara
merakamkan ayat-ayat cinta
menyatukan nusa antara kita
menyatukan nuansa antara kita.

Bayu menerpa lagi
sentakanku kembali
ke Kampung Air
lalu tercetus satu laungan
UNGKAYAH!

Mohamed Pitchay Gani BMAA
12 Disember 2009
Malam Sastera Nusantara
Sempena

Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XV
di Brunei Darussalam
0

Add a Comment