Blog / News

Posted by:


KISAH KHALIFAH DAN SANG GUNUNG

Pabila sang gurung diberikan tanggungjawap sebagai khalifah bumi,
Ia meraung memohon dikembalikan tanggungjawap itu.
Pabila manusia diberikan tanggungjawap sebagai khalifah bumi,
Ia berseru dengan penuh keyakinan dan kebanggaan akan upayanya.
Pabila sang gunung melihat kemungkaran,
Ia mengeluarkan laharnya menghapuskan kemungkaran.
Pabila manusia melihat kemungkaran,
Ia merintih kerna tak mampu melakukan apa.
Pabila sang gunung melihat kemungkaran,
Ia mengerakkan dasar lautan,
Memanggil sang laut,
Mengundang sang ombak,
Menghapuskan kemungkaran.
Pabila manusia melihat kemungkaran,
Ia merintih kerna dirinya dibelenggu kemungkaran.
Lalu datang sang malaikat bertanyakan sang Gunung;
Mengapa kau melakukan tanggungjawap sang Khalifah?
Jawab sang Gunung; sesungguhnya aku adalah makhluk Allah.
Lalu datang sang Malaikat kepada Khalifah lantas bertanya;
Mengapakan kamu merintih atas kemungkaran?
Jawap Khalifah; sesungguhnya aku tidak melihat kemungkaran.

Mohamed Pitchay Gani

21 Oktober 2009
NIE/NTU
6

Discussion

  1. IAN SIRNA AZALI  March 2, 2010

    Salam Cikgu,Sajak saya berada dipautan berikut:http://sirna-azali.webs.com/apps/blog/entries/show/3017913-taufanMohd Sophian

    (reply)
  2. Ariff Rizwan Sahab  March 2, 2010

    Salam Cikgu Pitchay,Sajak saya ada sudah dimuatnaik dalam blog. Sila klik pada video yang disediakan.http://ariffrizwansahab.blogspot.com/2010/03/sajak-arasy.htmlAriff Rizwan Sahab

    (reply)
  3. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 2, 2010

    http://todavialeamore.blogspot.com/2010/03/titian-itu.htmlNur Syazwani Binte Shaibani

    (reply)
  4. Hairani Asri  March 2, 2010

    http://hairanisci-fi.tumblr.com/

    (reply)

Add a Comment