Blog / News

Posted by:

TOKOH

memikirkan orang lain

mendahulukan orang lain
menggembirakan orang lain
mengukirkan senyuman orang lain
menghapus tangisan orang lain
membelai jiwa runsing orang lain
menerima segala saranan orang lain
mengkabulkan hasrat baik orang lain
membesarkan sumbangan orang lain
menutupi aib orang lain
menangis untuk orang lain
menerima kejian untuk orang lain
tiada keluarga
tiada sahabat
tiada teman
tiada harapkan sokongan
tiada harapkan pujian
tiada pernah mendabik dada
tiada mungkir
tiada mungkar
menghormati yang tua
menyayangi yang muda
berilmu dari yang tua
belajar dari yang muda
sentiasa memaafkan
sentiasa dipergunakan
sentiasa menginsafi
tiada pernah serik
terus membakar diri
terus mencipta
terus meneroka
terus menggengam bara
terus mewarnai gerakan
terus hanyut dalam sungai perjuangan
TOKOH ITULAH SEBATANG LILIN KEHIDUPAN

Mohamed Pitchay Gani BMAA
20 Oktober 2009
NIE/NTU

0

Add a Comment