Blog / News

Posted by:

PANTUN AIDIL FITRI

tujuh lekor berlalu pergi
lemang ketupat menari-nari
gegak gempita bertali temali
menyamput tiba si aidil fitri

takbir bergema segenap angkasa
syahdu suasana insaf diri
ramadhan pendidik jiwa perkasa
bagaikan nikmat tiada terperi

hiasan rumah bagai istana
hiasan diri bak raja sehari
senyum terukir maaf dipinta
salam disambut maaf diberi

dulu dentuman mercun mengisi ruang
lagu raya menghidupkan semangat
kini yang tinggal hilaian tawa
lagu raya sekali sekala

syawal tetap sama
walau zaman berubah makna
hati tetap mesra
walau sibuk bercambah melata

yang tinggal hanya lagu
yang hidup hanya ingatan
yang indah tetap bertugu
hari raya pengikat watan

Mohamed Pitchay Gani
22 September 2009
NIE/NTU

0

Add a Comment