Blog / News

Posted by:


LAILATUL QADAR

Kalam Allah memberi gambaran
Membuka lembaran kala Ramadan
Lailatul Qadar menjelang
Member rahmat pengkabul doa

Langit malam terang bercahaya
Tiada bintang barang sekelip
Tiada sejuk tiada panas
Udara nyaman malam berseri
Hati berima n tenang dan nikmat
Menyambut tibanya Lailatul Qadar

Ribuan Malaikat singgah ke bumi
Membanjiri alam segenap penjuru
Mendengar rintihan anak Adam
Penyempurna doa kepada Allah

Bila mentari bersinar kembali
Tiba masanya mereka pergi
Mengaburi mentari dengan sayapnya
Berduyung-duyung terbang ke langit
Membawa sama Lailatul Qadar
Ke syurga jua menanti Ramadhan

Jika terlepas Lailatul Qadar
Betapa ruginya teraniayanya diri
Hanya sekali dalam setahun
Sepuluh akhir malam Ramadhan

Rumah insan tetap terhias
Lontong direbus tetap termasak
Pakaian baru tetap terbeli
Lailatul Qadar tetap berlalu
Satu malam seribu bulan
Berkat pahala Lailatul Qadar

Mohamed Pitchay Gani BMAA
Berita Minggu 3 September 2000

0

Add a Comment