Blog / News

PAMERAN DAN PENERBITAN 2000 TAHUN EVOLUSI BAHASA MELAYU

Posted by:

MAJLIS PELANCARAN PAMERAN

5

Discussion

  1. Sayembara  August 2, 2009

    Gaya penulisan kewartawanan moden atau New Journalism bukan sahaja dapat disingkap dalam genre-genre sastera seperti cerpen, sajak dan novel tetapi juga dalam bahan-bahan lain termasuk muzik, rakaman visual dan petikan gambar.Misalnya petikan gambar Majlis Pelancaran Pameran yang dimuatnaikkan oleh pemilik blog. Pendek kata, apa-apa bahan sekalipun boleh disimpulkan sebagai telah menggunakan pendekatan teori New Journalism asalkan ianya dapat menepati tiga ciri utama teori tersebut iaitu gaya berita, gaya peristiwa dan gaya fiksyen. Namun demikian, bahan-bahan lain seperti muzik, rakaman visual dan petikan gambar memerlukan seseorang individu itu menganalisis bahan tersebut dengan lebih teliti, kritikal dan mendalam kerana berbeza dengan genre-genre sastera, bahan-bahan lain ini tidak ditulis. Jadi, sukar untuk seseorang individu itu mengesan tiga ciri utama pada bahan tersebut bagi membuktikan ianya telah menggunakan pendekatan teori New Journalism. -Nur Hafizah Rashib

    (reply)
  2. syahirah nabilah  August 3, 2009

    Berdasarkan gambar pelancaran pameran evolusi bahasa, dapat dilihat bahawa gambar itu merupakan satu realiti dan bukan fiksyen.Dengan menggunakan pendekatan kewartawanan baru,gaya peristiwa telah digambarkan dengan secara kreatif dan menarik melalui gambar yang dipaparkan. Gambar pelancaran pameran evolusi bahasa telah menggambarkan peristiwa tentang bagaimana pameran itu telah diperkenalkan kepada tetamu terhormat dan para tetamu di situ. Pameran ini juga benar-benar terjadi kerana ia telah dilancarkan pada 12 julai 2009 yang bertempat di Taman Warisan.Namun demikian, gaya fiksyen tidak dapat dilihat dalam gambar tersebut kerana tidak ada unsur sastera yang dapat dilihat seperti unsur dramatik, imaginasi, dialog, sudut pandangan, monolog dalaman dan suspens.Justeru, gambar yang dipaparkan ialah realiti dan bukan fiksyen.

    (reply)
  3. simplistic_me  August 3, 2009

    Teori Journalisme Batru hanhya dapat diketahui jika sesebuah karya itu mempunyai tiga kriteria uatama yakni, gaya berita, gaya peristiwa dan gaya fiksyen.Lantas,gambar pelancaran merupakan suatu realiti dan bukan suatu fiksyen walaupun gambar itu mempunyai gambaran gaya berita yakni, perkara yang benar-benar terjadi seperti apa yang terjadi, di mana terjadi dan sebagainya. Gambar ini jelas menjelaskan perkara berikut. Gaya peristiwa juga dapat dilihat unsur-unsur peristiwa dan fakta sejarah yang benar-benar berlaku yang dapat dilihat di gambar tersebut.Namun demikian, unsur fiksyen tidak dapat dilihat kerana tiada unsur dramatik seperti monolog dalaman dan suspens. Lantas, dapat dikatakan bahawa gambar tersebut merupakan suatu realiti.-Sri Syazwani

    (reply)
  4. mynura  August 3, 2009

    Teori Journalism Baru dianggap sebagai satu gaya penulisan kewartanan moden. Teori Journalism Baru jelas dapat memperlihatkan gabungan unsur realti dan fiksyen di dalam sebuah hasil karya sastera itu. Pendekatan Teori Journalism Baru ini seharusnya menepati tiga kriteria iaitu gaya berita, gaya peristiwa dan gaya fiksyen. Pengayaan gaya berita dapat dilihat dari segi liputan berita yang telah dibuat mengenai Pameran Pelancaran Evolusi Bahasa 2000. Ini meliputi tempat, waktu, apa yang telah berlaku termasuk persoalan-persoalan lain yang berkait rapat dengan Pameran Pelancaran Evolusi Bahasa 2000. Gaya peristiwa yang dapat dilihat melalui peristiwa-peristiwa yang berfaktakan sejarah silam untuk membuktikan bagaimana Bahasa Melayu berkembang dan berubah mengikut ruang, zaman dan waktu yang dilalui oleh masyarakat Melayu. Gaya fikyen ini memperlihatkan bagaimana evolusi Bahasa Melayu telah berlaku dan berubah dengan menggunakan sudut pandangan ke orang ke-tiga.Cara ini perkembangan dan perubahan yang telah dilakukan pada Bahasa dari zaman dahulu hingga kini dapat dilihat secar keseluruhannya. – Mainura Bte Mawi

    (reply)
  5. knl  August 3, 2009

    Teori New Journalisme boleh diterapkan kepada beberapa wahana; tidak semestinya hanya tertakluk kepada karya sastera sahaja. Ia boleh diterapkan kepada muzik, gambar, video dsb. Yang pentingnya, ialah wujudnya tiga kriteria utama. 1. Gaya beritaGambar ini dapat menunjukkan gaya berita kerana ia menceritakan tentang pelancaran pameran evolusi yang berlaku. Ia juga dapat menujukkan gaya berita kerana ia mengisahkan siapa yang terlibat, apa yang sedang terjadi dsb. 2. Gaya PeristiwaIni juga dapat dilihat kerana dengan adanya prasasti itu, ia menujukkan sesuatu peristiwa yang benar-benar wujud dalam sejarah. 3. Gaya fiksyen Ciri ini agak sukar untuk dilihat kerana ia bukanlah sesebuah karya sastera di mana boleh dilihat monolog dalaman dsb. Namun demikian, di dalam satu gambar itu dapat dilihat Encik Zainol Abideen berbual dengan Encik Pitchay Gani dan ini menujukkan unsur dialog yang dapat dirakamkan oleh petikan gambar ini. Oleh itu, penerapan New Journalisme dapat digunakan kepada banyak lagi wadah jika pengkaji lebih bersikap terbuka dan menggunakan minda kritis demi menerapkan teori ini. -Nurul Fasha Binte Samsudin.

    (reply)

Add a Comment