Blog / News

MUZIK PENGGERAK MINDA

Posted by:

Sila tontoni video clip “GERAM AJER” nyanyian dan ciptaan Nooraqmal dan tuliskan sebuah esei tidak kurang daripada 700 patah perkataan dalam waktu dua jam yang diberikan di dalam kelas dan emelkan segera setelah selesai. (YR1 – 21/7/09)

Sila bincangkan pandangan kamu dalam jangka waktu satu jam mengikut jadual kelas mengenai kesan video Noraqmal. Berikan respons anda di dalam blog ini dalam waktu kelas. Respons mengenai kesan dari segi pengajaran, masa depan, dan situasi masyarakat Melayu. (YR 2 – 21/7/09)

9

Discussion

  1. knl  July 21, 2009

    Video 'GERAM AJER' oleh Noorhaqmal memberikan mesej jelas tentang pengunaan bahasa yang sering kali dirosakkan, demi kepentingan hiburan mahupun atas dasar kejahilan bahasa. Media massa memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa. Kendatipun begitu, akhbar-akhbar dan program televisyen sering memaparkan pengunaan bahasa yang bercelaru. Video Noorhaqmal juga memberikan sedikit gambaran tentang sikap masyarakat Melayu setempat seperti- 'suka meminta', – 'remaja minat pantai'- 'tak nak berusaha' Sikap-sikap begini yang terus mencengkam bangsa Melayu Singapura sekian lama. Usaha baik seperti ini seharusnya diberikan sokongan dan galakan dari semua pihak. Oleh kerana nasihat ini datang dalam bentuk video, yakni lagu, masyarakat akan lebih suka untuk mendengarnya. Mungkin masyarakat akan lebih senang untuk menerima nasihat dalam bentuk begini berbanding dengan penulisan ilmiah. – NURUL FASHA SAMSUDIN

    (reply)
  2. aida norliza  July 21, 2009

    Video 'Geram Ajer' tepat memaparkan gambaran atau situasi masyarakat Melayu yang merupakan permasalahan yang telah wujud sejak dulu hingga ke hari ini. Tabiat malas membaca dan kepentingan terhadap hiburan yang meremehkan penggunaan bahasa yang baik bakal memberi kesan yang merugikan terhadap bangsa Melayu. Seni kata yang digunakan padat dan mudah difahami oleh semua peringkat usia yang dapat untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan yang harus diutamakan, iaitu pelajaran.Lagu dan irama yang rancak damn mudah dihafal dapat memberi kesan jangka masa panjang agar ia sentiasa menjadi peringatan kepada semua terutamanya generasi muda.Usaha baik yang harus diteruskan. Walaupun pesanan ini disampaikan dalam bentuk lagu yang merupakan hiburan, namun senikata nya amat sesuai untuk disampaikan kepada masyarakat zaman ini.

    (reply)
  3. Shamira  July 21, 2009

    Lagu 'Geram Ajer' oleh Aqmal merupakan suatu lagu yang mempunyai banyak pengajaran dan pedoman di sebalik seni kata lagunya yang bersifat santai dan bersahaja. Seni kata lagu ini ditulis dalam bahasa melayu yang mudah. Usaha ini bagus kerana memudahkan masyarakat Melayu sekarang yang tidak begitu fasih dalam bahasa ibunda mereka.Lagu ini juga mengetengahkan beberapa isu yang masih lagi menjadi beban kepada masyarakat Melayu seperti malas membaca, remaja yang suka membantai orang dan lain-lain lagi. Lagu ini patut dimainkan di radio agar pesanannya dapat disebarkan kepada masyarakat, terutamanya para remaja kerana mereka gemar mendengar muzik.

    (reply)
  4. MissVanity  July 21, 2009

    Lagu "Geram Ajer' yang dinyanyikan oleh Aqmal merupakan sebuah lagu yang mempunyai unsur-unsur hiburan dan juga nasihat. Ia menasihati para pendengar, khususnya remaja Melayu agar sentiasa "sayangilah keluarga, cintailah bahasa, ingat pada yang esa". Lagu ini sesuai untuk menasihati masyarakat melayu pada zaman ini kerana ia menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan 'mesra' kepada masyarakat umum iaitu yang sering digunakan oleh masyarakat tersebut. muziknya yang rancak memudahkan pendengar menghafal lagu ini. Akibatnya, lirik akan sering bermain-main di fikiran mereka lalu nasihat dan sinidiran di dalam lirik itu akan mudah disampaikan. Tidak ramai pemuzik yang mempunyai minat dan kebolehan untuk menghasilkan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat seperti "Geram Ajer". lagu ini juga mengajak pendengar agar sama-sama berusaha untuk memajukan masyarakat dan mengurangkan gejala sosial yang sedang berlaku pada zaman ini.- Puteri Nor' Atika

    (reply)
  5. Nur Ilham  July 21, 2009

    Salam Cikgu,Video 'Geram Ajer' oleh Noorhaqmal merupakan satu contoh penyebaran mesej melalui kaedah teknologi terkini, iaitu 'video blog'.Pada pendapat saya Noorhaqmal telah memilih kaedah yang amat sesuai untuk menyampaikan mesejnya kerana:1. remaja dan para belia masa kini amat cenderung kepada penggunaan lelaman-lelaman rangkaian sosial seperti 'Facebook' dan 'Youtube'.2. dapat mendendangkan lagunya untuk pendengaran khalayak dengan cara berkesan, cepat dan juga kos rendah.Noorhaqmal telah mencipta sebuah lagu yang berirama rancak tetapi mudah diingati; sebuah lagu yang tentunya dapat dirakam dalam benak para pendengar secara bawah sedar dan mungkin boleh dijadikan bahan siulan anak-anak muda yang mendengar lagu tersebut.Noorhaqmal juga telah menerapkan unsur satira di dalam lagunya bagi menyampaikan mesej di dalam lagu 'Geram Ajer'. Unsur satira tersebut dapat menyampaikan mesej dan nilai-nilai tanpa mengguris hati mana-mana pihak dan tanpa membosankan para pendengar.Dari segi komersial, Noorhaqmal juga dapat menangkap perhatian para pendengar yang tidak mengenali dirinya, kerana dapat memaparkan wajahnya pada khalayak melalui rakaman 'video blog' tersebut.Sekian.

    (reply)
  6. simplistic_me  July 21, 2009

    Noorhaqmal menggunakan pendekatan yang menarik iaitu nmelalui muzik video 'Geram Ajer'. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang bijak kerana memandangkan masyarakat Melayu lebih cenderung kepada hiburan, maka dengan menggunakan muzik untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, pendekatan ini akan lebih berkesan.Rentak lagu ini agak rancak. Maka, pendengar akan senang menangkap lagu ini. Walaupun lagu in agak mudah namun mesej dan sindiran yang diselitkan di dalam lagu ini amat berguna.Lagu ini juga menyentuh tentang isu masyarakat sosial iaitu masyarakatat yang suka cerai-berai.Pengajaran seperti pendidikanlah paling utama, agar lebih tekun berusaha dan jangan malas membaca boleh didapati mellui lagu ini. Lantas, mesej sayangilah keluarga, cintailah bahasa, teruskanlah usaha, jangan ayik nak suka-suka bertujuan mengingatkan masyarakat agar jangan terus leka.ps. GERAM.. GERAM AJERRR..

    (reply)
  7. syahirah nabilah  July 21, 2009

    Lagu "Geram ajer" yang dinyanyikan oleh Noorhaqmal menyampaikan mesej dan gambaran sebuah masyarakat Melayu dan mempunyai pengajaran yang boleh direnung bersama apabila didengar.Lirik lagu "Geram ajer" boleh dijadikan sebagai nasihat dan peringatan buat semua peringkat umur terutama sekali buat generasi muda. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang mudah difahami dan bersahaja.Isu-isu masyarakat yang diketengahkan dalam lagu "Geram ajer" ialah seperti menyuruh masyarakat Melayu agar selalu rajin berusaha dan bukan hanya meminta terutama sekali daripada pemerintah. "Pendidikanlah yang paling utama,Hiburan yang menjatuhkan"Petikan di atas yang diambil daripada lirik "Geram ajer" jelas menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa pendidikan amat penting dan hiburan hanya akan menjatuhkan dan tidak akan memberikan masan depan yang cerah. Selain itu, Noorhaqmal juga menyelitkan tentang kepentingan membaca dalam lagu "Geram ajer".Justeru,lagu "Geram ajer" dapat memberikan kesan dan pengaruh yang positif kepada masyarakat Melayu yang mendengarnya dan dapat menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai murni yang harus diterapkan dalam diri masing-masing.

    (reply)
  8. Sayembara  July 21, 2009

    Lagu ‘Geram Ajer’ merupakan satu lagu yang cukup baik bagi dijadikan peringatan kepada semua. Kesibukan kita dengan tugasan-tugasan harian menyebabkan kita sering tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Hakikatnya, masyarakat Melayu kini sudah jauh ketinggalan di belakang masyarakat-masyarakat lain dalam semua sektor. Malu untuk menyatakannya tetapi inilah realiti dunia. Tajuk lagu ini sahaja sudah jelas dapat menggambarkan sikap masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu sering disinonimkan dengan perkataan-perkataan seperti malas, degil dan bebal. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu masyarakat Melayu berubah tetapi jarang sekali usaha-usaha ini membuahkan hasil kerana masyarakat Melayu itu sendiri tidak mahu meningkat diri mereka sehingga orang berasa jenuh dan geram membantu.Moga-moga dengan pendekatan baru seperti nyanyian, masyarakat Melayu akan sedar akan fenomena- fenomena yang sedang berlaku dalam masyarakatnya dan berusaha untuk melakukan satu anjakan paradigma yang dapat membuat mata masyarakat-masyarakat lain terbeliak.- Nur Hafizah Rashib

    (reply)
  9. mynura  July 21, 2009

    Video ‘geram aje’ ini merupakan satu refleksi mengenai masyarakat Melayu Singapura masa kini secara amnya. Perkataan ‘geram’ telah digunakan oleh pengubah lagunya untuk mengambarkan perasaan marah seseorang pemerhati terhadap keadaan masyarakatnya yang seringkali dibelenggu pelbagai masalah. Antara masalah yang telah disentuh dalam lagu ini ialah mengenai isu penggunaan Bahasa Melayu yang semakin ‘rojak‘ dan isu-isu sosial seperti dadah, remaja bermasalah, kes cerai-berai dan sebagainya. Usaha menjadikan masalah-masalah ini sebagai senikata lagu merupakan satu cara kreatif kerana ia adalah satu cara berkesan seseorang itu dapat menegur dan menyampaikan nasihat yang bernas kepada masyarakat. Cara sebegini diharap dapat menyedarkan masyarakat Melayu secara menyeluruh dan bukannya hanya tertumpu kepada golongan muda. Diharap dengan cara ini, golongan-golongan mereka yang lebih mampu dan berilmu dapat membuat perubahan yang sewajar dilakukan terhadap golongan masyarakat yang bermasalah ini. -mainura bte mawi

    (reply)

Add a Comment