Blog / News

EVOLUSI BAHASA

Posted by:

Paparan di atas merupakan gerakan khazanah bahasa. Jelaskan maksud pengaruh zaman dan bangsa terhadap perkembangan sesuatu bahasa dalam tidak kurang daripada 500 patah perkataan.
(NIE YR 1 – 20/07/09) Esei perlu diemelkan pada hari yang sama.
(NIE YR 2 – 20/07/09) Berikan komentar anda di dalam Blog ini pada hari yang sama.
10

Discussion

  1. Nur Ilham  July 20, 2009

    Salam Cikgu,Pada pendapat saya, bahasa merupakan suatu entiti yang berkembang dan berubah mengikut konteks ruang dan waktu. Proses 'berkembang' dan 'berubah' secara beransur-ansur ini yang berlaku: 1. daripada satu generasi ke satu generasi dan2. kepada bentuk yang lebih kompleksmerupakan suatu evolusi jika diteliti secara saintifik berdasarkan teori Darwinisme.Evolusi bahasa merupakan proses yang tidak dapat dielakkan kerana peradaban manusia berubah-ubah dari satu masa ke satu masa.Justeru, perubahan berlaku atas dasar: 1. keperluan manusia untuk berkomunikasi dengan lebih efektif.2.kerelevanan sesuatu bahasa itu bagi bangsa yang menuturkannya.Bahasa yang melalui proses evolusi melambangkan kehebatan sesuatu bangsa itu dalam mempertahankan identiti masyarakatnya. Bahasa yang 'tidak lekang dek panas dan tidak basah dek hujan' mempamerkan kejayaan sesuatu masyarakat itu dalam mengekalkan nilai sosio-budaya mereka, zaman berzaman.Bahasa dapat dikekalkan sekiranya sesuatu bangsa itu berjaya menerapkan penggunaannya dengan persekitaran yang mereka hadapi. Bahasa yang dinamis mempamerkan bangsa yang prihatin dan reseptif dalam memahami dan menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.Gerakan khazanah bahasa adalah amat penting bagi masyarakat demi mengingatkan atau mendidik mereka tentang sejarah, perjuangan, peradaban, asal usul, budaya, pemikiran, falsafah, adat dan agama bangsa mereka sendiri.Gerakan seperti ini juga dapat memperkenalkan nilai-nilai yang menjadi kebanggaan masyarakat tersebut kepada bangsa-bangsa lain. Sehubungan itu, gerakan khazanah bangsa juga adalah proses perakaman atau pendokumentasian yang penting dalam kajian antropologi bangsa tersebut.Akhir kata, bahasa dan bangsa tidak dapat dipisahkan kerana sebuah masyarakat yang tidak mengenali bahasa ibunda mereka sendiri akan kehilangan jati diri dan khazanah yang tidak ternilai yang dapat diberikan kepada generasi akan datang.

    (reply)
  2. knl  July 20, 2009

    Kewujudan sesebuah bahasa itu sangat bergantung kepada perkembangan keadaan sekeliling dan juga bangsa yang bertutur dalam bahasa berkenaan. Malah, bahasa merupakan satu entiti dinamik yang kerap menjalani satu proses evolusi. Kebergantungan bahasa kepada bangsa dan keadaan zaman merupakan satu proses yang tidak pernah luput. Ini kerana bahasa amat terpengaruh dengan unsur-unsur luar. Sebagai contoh, bahasa Melayu kini mempunyai 250,000,000 penutur di seluruh dunia. Ini menunjukkan keterampilan bahasa Melayu untuk kekal relevan dalam dunia yang kian berubah. _NurulFasha

    (reply)
  3. Shamira  July 20, 2009

    Bahasa Melayu luas digunakan di seluruh dunia. Ia dilihat sebagai bahasa lumrah yang digunakan dalam interaksi seharian manusia. Tanda pencapaian bahasa Melayu ini terletak kepada kegunanannya sebagai bahasa perhubungan anara pelbagai masyarakat berbilang bangsa serta mutu sastera dan kesenian kita. Bahasa Melayu akan terus mengalami beberapa lagi proses pengubahsuaian kerana sifatnya yang dinamik itu.-Nurshamira

    (reply)
  4. MissVanity  July 20, 2009

    Bahasa akan sering dipengaruhi oleh pelbagai unsur-unsur luar. Perubahan zaman, ruang dan konteks merupakan sebab mengapa bahasa itu sering bertukar-tukar dan mengalami evolusi. Penggunaan bahasa oleh bangsa tersebut juga mempengaruhi dan menyebabkan perubahan kepada bahasa tersebut. Masyarakat Melayu akan menyesuaikan bahasa mengikut zaman dan keadaan. Kini terdapat bahasa internet dan sebagainya. Ini menunjukkan sifat dinamis bahasa Melayu yang membolehkannya terus hidup sehingga hari ini.

    (reply)
  5. syahirah nabilah  July 20, 2009

    Perkembangan bahasa itu selalunya akan dipengaruhi oleh zaman dan bangsanya kerana harus disesuaikan mengikut keadaan dan perubahan pada zaman itu. Misalnya pada zaman dahulu, bahasa klasik digunakan kerana masyarakat pada masa itu hidup dalam keadaan dan suasana di mana bahasa itu baru sahaja ingin berkembanbg. Kini, pada zaman mileu ini, bahasa semakin berubah kerana bangsa Melayu semakin terdedah kepada perubahan media dan teknologi. Contoh yang dapat diberikan ialah seperti bahasa 'sms' dan bahasa internet. Justeru, bahasa Melayu sentiasa berkembang dan berubah mengikut zaman dan bangsanya dan juga bersesuaian dengan konteksnya.

    (reply)
  6. aida norliza  July 20, 2009

    Pengaruh zaman dan bangsa jelas membuktikan evolusi bahasa yang berlaku sebagaimana didokumentasikan di dalam khazanah bahasa ini. Evolusi yang berlaku dalam peralihan zaman menyebabkan perkataan terus terlahir. Bahasa Melayu mempunyai keunikannya apabila dilihat peralihan zaman yang mempengaruhi penggunaan bahasa menerusi pemilihan kata-kata. Contohnya, wujudnya bahasa Melayu dengan kata-kata asli dan dipinjam kata-kata daripada bahasa sanskrit yang digunapakai kerana pengaruh zaman Hindu, bahasa Arab apabila datangnya pengembang Islam berbangsa Arab semasa zaman Hindu-Islam dan kini terlahir perkataan-perkatan yang dipengaruhi oleh Bahasa Inggeris kerana pengaruh dari Barat. Dengan ini, penutur bahasa Melayu dapat menyesuaikan perbualan atau komunikasi mengikut zaman dan bangsa.Jelasnya, Evolusi Bahasa Melayu dapat memberikan gambaran serta mengukuhkan sejarah dan latar belakang bangsa Melayu

    (reply)
  7. Sayembara  July 20, 2009

    Peredaran zaman sejajar dengan perkembangan globalisasi bukan sahaja menyumbang kepada terhasilnya alat-alat yang menyenangkan kerja manusia tetapi ia juga tidak pernah putus-putus melahirkan perkataan-perkataan dan istilah-istilah baru dalam kamus hidup manusia. Demi memastikan kerelevanan sesuatu bahasa, usaha menyerapmasukkan perkataan-perkataan dan istilah-istilah tadi ke dalam kosa kata bahasa tersebut perlu dilakukan. Secara tidak langsung, tindakan tersebut akan membantu menjadikan bahasa tersebut sebuah bahasa yang dinamis dan tidak luput dek ditenggelami arus kemodenan. Bangsa sebagai penutur bahasa tersebut pula memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa tersebut. Kekerapan menggunakan struktur bahasa yang betul atau tepat dalam perbualan harian akan menjadi satu kelaziman langsung mengambarkan peribadi bangsa penuturnya dan mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bahasa. Hakikatnya, pengaruh bahasa dan bangsa terhadap perkembangan sesuatu bahasa memang amat kuat. Namun demikian, jika dimanfaatkan kedua-dua pengaruh tadi dengan cara bijaksana, tidak mustahil bagi sesuatu bahasa itu menjadi salah satu bahasa global atau lingua fanca yang menguntungkan seperti bahasa Inggeris dewasa ini. – Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

    (reply)
  8. mynura  July 21, 2009

    Bahasa sering dipengaruhi dengan pengaruh zaman yang dilalui oleh sesebuah bangsa itu. Pengaruh terhadap bahasa ini berlaku secara beransur-ansur daripada satu generasi ke generasi yang lain. Perubahan ini membuktikan bahawa bahasa itu merupakan sesuatu yang dinamik. Penyesuaian bahasa mengikut sesebuah zaman boleh dianggap baik. Ini menunjukkan bahawa sebuah bahasa itu dapat disesuaikan selaras dengan perkembangan bangsa sesuai dengan zaman tersebut. Namun demikian, perubahan terhadap bahasa yang berlaku sewenang-wenangnya juga dapat menjejas bahasa tersebut. Ini juga dapat memperlihatkan sikap bangsa tersebut terhadap bahasa dan bangsa yang semakin kepupusan. Lantas itu, nilai sesuatu bahasa amat bergantung dengan sikap masyarakat bangsa yang sezaman dengannya. – mainura bte mawi

    (reply)
  9. simplistic_me  July 21, 2009

    Bahasa merupakan suatu yang dinamik. Lantas, masa, ruang dan konteks mempengaruhi perkembangan suatu bahasa itu. Bahasa merupakan suatu identiti pada suatu bangsa itu. Misalannya, bahasa mengubah mengikut penuturnya. Jika pada waktu dahulu bahasa Sanskrit yang digunakan, demi bahasa, bahasa itu mengalami evolusi dan menjadi Bahaha MElayu. Lantas, jika suatu bangsa itu tidak memlihara bahasa mereka, tidak menghairankan jika bahasa itu lenyap begitu sahaja.-Syazwnai

    (reply)
  10. simplistic_me  July 21, 2009

    *syazwani

    (reply)

Add a Comment