Blog / News

Kalaulah diucapkan 5 tahun dahulu…

Posted by:

PUNCA-PUNCA KEJATUHAN

Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan. Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukan kita di dalam UMNO dari memikirkan kedudukan UMNO di kalangan warga dan di dalam negara. Semakin ramai yang menyertai UMNO bukan kerana apa yang dapat mereka sumbangkan kepada UMNO tetapi lebih mirip kepada apa yang bakal mereka harap untuk memperoleh. Mereka mengharapkan jawatan – mereka mengharapkan projek – mereka mengharapkan gelaran – mereka mengharapkan kepuasan duniawi. Semangat berkorban – semangat berjuang – semangat berkhidmat untuk bangsa – untuk negara semakin tipis – semakin lemah.

REKONSTRUKSI!

Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa ‘UMNO wajib melakukan perubahan’. Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan ‘Aku akan berubah’ lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri. Betapa malangnya UMNO jika ramai yang gagal memahami bahawa UMNO itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.

SEMANGAT

Untuk terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang kita telah hilang dengan elemen baru yang harus kita terokai. Kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kita kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti. Hidupkanlah kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan pamerkanlah integriti yang tinggi lagi dihormati. Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul.

DISIPLIN

Di peringkat UMNO, mungkin telah tiba masanya untuk parti diperkukuhkan dengan memperkenalkan peraturan dan tata cara yang membolehkan parti diurus tadbir dengan cara yang lebih berdisiplin dan terkawal.

JELAS

Apa yang saya terus usahakan adalah amalan keikhlasan dan kejujuran.

(Ucapan Pak Lah Apr 2009)

3

Discussion

  1. Jim Wau Fa  March 31, 2009

    Cikgu, ralat.Pak Lah belum jadi Mantan Perdana Menteri. Setakat ini hanya Mantan Presiden UMNO.mungkin selepas 3hb April.Salam

    (reply)
  2. pitchay  March 31, 2009

    Ucapan persis seorang mantan kerana kalau masih kenapa tak ucap camni sejak dahulu lagi. Taklah UMNO hancur begini.

    (reply)
  3. Ring0  April 1, 2009

    “when a man knows he is to be hanged in a fortnight, it concentrates his mind wonderfully”Dr Samuel Johnson

    (reply)

Add a Comment