Blog / News

Falsafah Filem

Posted by:

Bahasa merupakan cerminan minda masyarakat dan sastera pula merupakan gambaran perlakuan masyarakat. Gabungan kedua-dua unsur ini merealisasikan budaya manusia. Upaya media elektronik yang semakin canggih membuka ruang kepada penyesuaian plot dan perwatakan dengan menggunakan latar yang berbeza dan rencam.
Merujuk kepada horizon pembacaan dan horizon kebudayaan, gerakkan mekanisme kritikan dengan mengikuti petikan video berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=nd3DWQqdK-I

12

Discussion

  1. Jim Wau Fa  March 31, 2009

    Films as a source of Social History—P. Ramlee's “Seniman BujangLapok”and Malays in Singapore (1950s-1960s)Syed Muhd Khairudin Aljuniedhttp://profile.nus.edu.sg/fass/mlsasmk/08%20P%20&%20I%20p107-118.pdf20 As observed by a fi lm historian, parallel to the objectives of ASAS 50, the Bujang LapokSeries21 were comedies “mengandungi sindiran-sindiran tajam terhadap masyarakat (that has, withinit, sharp criticisms of the society)” at that time

    (reply)
  2. Ring0  March 31, 2009

    Saya rasa antara perkara yang paling menonjol di sini adalah pertalian yang diwujudkan di antara penggunaan bahasa dan persepsi realiti. Perubahan latar dalam petikan video itu menghidupkan ruang persepsi yang bercanggah dengan pengalaman dan kebudayaan yang telah sebati dengan jati diri. Mungkin kerana selama ini saya hanya berpeluang menghayati imej watak Sazali melalui latar kebudayaan Melayu dan bukan Jepun atau sebagainya. Akibatnya perubahan latar itu, (di samping pengalaman saya yang terbatas dengan mereka yang berbangsa Jepun misalnya) saya lebih berpihak kepada pandangan Kant bahawa proses pertukaran ilmu dan pembentukan pengetahuan itu tidak mungkin tercapai tanpa sistem interaksi yang wujud di antara manusia. Pengitlakan persepsi yang dilahirkan oleh karya sastera itu memerlukan laras pemikiran yang subur dan terbuka berbekalkan pemahaman pertalian bahasa dan budaya. Di sini mungkin juga kita dapat mengamati unsur keterjalinan kuasa dan pembacaan. Walaupun pemahaman saya mengenai latar Elvis misalnya menyegarkan penghayatan saya tentang sesebuah khazanah klasik itu, kuasa yang terletak pada bahasa Melayu di dalam petikan video ini menjadi pemangkin katarsis yang meninggalkan kesan yang lebih mendalam seperti yang dipersetujui oleh ‘direktor’ Sazali sendiri.Saya menantikan pandangan dan pendapat yang lain. Bak kata Elvis, ‘it’s now or never’ baby.-Ringo (herwanto)

    (reply)
  3. Mira Eedora  March 31, 2009

    Video ini menunjukkan kepentingan budaya dan bahasa yang harus dijadikan landasan untuk mendapatkan cerminan atau paparan imej yang sesuai. Kita dapat lihat dengan jelas plot dan perwatakan tadi tidak sesuai jika ‘dipadankan’ dengan latar budaya yang berbeza. Pada pendapat saya, ini disebabkan sastera boleh dianggap sebagai ‘suara hati masyarakat’ terhadap permasalahan yang sedang berlaku dan masalah masyarakat itu tidak boleh dijadikan masalah masyarakat/budaya lain. Atas dasar itu, saya merasakan masalah masyarakat tidak akan dapat diinterpretasikan masyarakat-masyarakat lain dan ini juga bermakna pembangunan sesebuah masyarat bergantung pada masyarakat itu sendiri. -Amirah-

    (reply)
  4. Aqmal  March 31, 2009

    Sememangnya video yang dapat kita saksikan adalah usaha yang baik dalam merelevankan bahan-bahan lama dengan keadaan dan konteks masa kini.Namun, kedinamikan usaha itu harus diteruskan. Sastera dan budaya Melayu mampu meneroka dan bertapak di mana-mana kawasan dunia ini. Percaya atau tidak, terdapat stesen radio yang menyiarkan rancangan-rancangan Melayu melalui gelombang AM/FM di Australia. SBSRadio adalah salah satu daripadanya. Maklumat ini saya dapatkan di lelaman SBSRadio setelah seorang rakan dari Australia memberitahu saya tentang hal tersebut baru-baru ini.Maka, tidak dapat disangkal bahawa media elektronik berupaya membuka ruang yang banyak bagi bahasa, budaya dan sastera Melayu. Namun demikian, lebih banyak inisiatif, usaha dan kreativiti yang diperlukan demi penakatan serta mencapai kejayaan bangsa yang lebih menyerlah di mata dunia.ps: orang India ada Bollywood, orang Cina ada Filem Hong Kong, orang Barat ada Hollywood, orang Melayu ada….. . . . . Jalan Ampas… ??- Aqmal –

    (reply)
  5. aTiKa FaRaSha  March 31, 2009

    Dalam dunia yang serba moden ini, kewujudan media elektronik yang semakin canggih telah dijadikan sebagai sumber alternatif untuk mengajar bahasa, sastera dan budaya. Saya merasakan bahawa ini merupakan satu inisiatif yang sihat dan proaktif yang harus diteruskan dalam usaha untuk merancakkan bahasa Melayu dan bidang persuratan di Singapura. Kita sedia maklum dengan masyarakat Melayu yang sangat menggemarkan hiburan sehinggakan hiburan sudah disinonimkan dengan masyarakat Melayu. Maka itu, saya merasakan bahawa pendekatan menggunakan media elektronik untuk mendidik masyarakat sangat sesuai dan sangat dialu-alukan jikalau ia dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Melayu di Singapura. Dengan adanya pendekatan ini, sebagai contoh video Anakku Sazali, ia diharapkan bahawa masyarakat Melayu boleh memanfaatkan media elektronik untuk berhibur dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.*Nuratika

    (reply)
  6. NIKANNA ZEE  March 31, 2009

    Media elektronik pada zaman ini merupakan keperluan, bukan lagi sesuatu bahan sampingan yang melengkapkan. Semua orang menjadikan media elektronik bahan rujuk yang pertama bagi apa sahaja tujuan, baik untuk hiburan atau pendidikan. Bahan dalam media elektronik merupakan bahan-bahan yang bukan hanya memberikan hiburan, informasi suka-suka yang dirai pada waktu lapang, tetapi sebenarnya adalah bahan maklumat didaktik. Dalam keghairahan semua orang menyampaikan bahan mereka melalui media, ia harus diingatkan bahawa seseorang itu harus bertanggungjawab dalam tindakannya. Bahan yang hendak disalurkan harusnya berteraskan niat tertentu.Dalam pada itu, usaha harus sentiada dibuat untuk terus menyokong dan memupuk penyaluran pendidikan melalui media elektronik dan bahan-bahan lain.Nur Izziana

    (reply)
  7. Nurhuda  April 1, 2009

    Video Anakku Sazali merupakan satu pendekatan yang menarik untuk merelevankan bahan-bahan lama. Ini harus diteruskan agar bahan-bahan ini tidak akan hilang ditelan masa. Dapat dilihat bahawa kartu telah digunakan untuk video itu. Ini bukan sahaja akan menarik minat mereka yang masih muda malah akan menggalakkan anak-anak muda yang lain untuk turut sama merelevankan bahan-bahan lama. Pendidikan melalui media elektronik kini sudah menjadi sesuatu yang lumrah selain bertindak sebagai satu hiburan. Tetapi ini harus berlaku tanpa merosakkan bahan itu sendiri. Di sini, kreativiti memainkan peranan yang penting seperti yang dapat kita lihat daripada video ini.Huda

    (reply)
  8. NIKANNA ZEE  April 1, 2009

    Merujuk kepada pendapat Saudari Huda, pendekatan yang digunakan dalam video sememangnya merupakan hasil kreatif yang dapat menarik minat penonton. Pendekatan sedemikian harus dilakukan pada isi-isi yang diselar sebagai ‘membosankan’ seperti peribahasa misalnya. Para pendidik khususnya harus memikirkan cara-cara untuk menyemai minat dalam pelajar, dan bukan setakat mengajar untuk lulus sahaja. Mungkin, aspek permainan dalam pelajaran harus dikaji dengan lebih mendalam agar dapat memanfaatkan pendidikan secara keseluruhannya.Nur Izziana

    (reply)
  9. dian  April 1, 2009

    Tidak dapat dinafikan lagi media elektronik yang canggih boleh memberikan satu pembaharuan dari pelbagai aspek; dari segi budaya, pemikiran, bahasa dan sebagainya,,Sebenarnya, bagi bangsa yang lebih oportunis,mereka akan menggunakan medium ini untuk merelevenkan budaya mereka pada era yang terkini demi melestarikan apa yang sudah sedia ada di dalam “bangsa mereka” bukan menukarkannya supaya kelihatan lebih kebaratan.Sebagai contoh, kungfu panda misalnya.. perkataan “kungfu” itu sudah sampai di tahap “universal” tanpa menukarkannya kepada “martial arts chinese” atau ditransliterasikan kepada perkataan lain. Dengan menggunakan keunikan kungfu dengan menggunakan watak “panda”,ia mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak sedunia juga.Malah, terdapat drama cilik barat yang juga mengenakan pemakaian asli “taekwando” apabila mereka beraksi. Bukan hanya kanak-kanak dapat mengenali apa itu budaya dan gerak-geri taekwando tetapi juga, seragamnya yang juga kini “universal”.Selain itu, filem “geisha” juga merupakan salah satu contoh yang memaparkan budayanya yang asli, walaupun direlevenkan dengan penggunaaan bahasa Inggeris. Demikian juga dengan dunia persilatan, walaupun ia sudah sampai di beberapa negara-negara lain(eropah/barat), kita jarang sekali dapat melihatnya di dalam bentuk media elektronik untuk diperkenalkan dengan lebih mendalam lagi di dalam bahasa Inggeris… Media boleh diibaratkan sebagai “cultural transmitters” dan bagaimana ia digunakan untuk menyebarkan sesuatu dengan cara kreativiti itu bergantung kepada kedinamikan serta kesungguhan bangsa itu sendiri.Pada pendapat saya, ialah amat penting bagi sesebuah bangsa merelevenkan budaya asli mereka dengan yang terkini. Walaupun ia dikontemporarikan bagi menarik minat-minat kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang juga berbilang kaum, ia merupakan strategi bagi menghidupkan kreativiti orang Melayu yang sememangnya dapat kita lihat dari zaman sastera lisan lagi..Barulah kita boleh kata bahawa, Budaya kita tidak lapuk dek zaman-malah merentasi zaman.Mungkin, sudah tiba masanya Hang Tuah belajar bertutur dalam berbahasa Inggeris dan mungkin juga menonjolkan Tun Teja yang mungkin lebih cantik dari Cinderella walaupun tanpa gaun mengembang..Pendek kata, media ini merupakan “an open opportunity” yang memberi ruang pada sesiapa sahaja untuk menyebarkan budaya dengan kreativiti dan originaliti. Deee

    (reply)
  10. Wani  April 1, 2009

    Video Anakku Sazali ini merupakan filem lama yang diberikan nafas baru dengan menggunakan landasan media. Ia dimodenkan dengan pembaharuan media dan teknologi melalui animasi yang menarik.Penggunaan media untuk membaharukan filem-filem lama merupakan satu gerak langkah yang patut dialu-alukan. Ini dapat menarik perhatian generasi baru yang lebih tertarik kepada animasi yang berwarna, berbandingkan dengan filem-filem lama yang hanya berwarna hitam dan putih.Namun, satu perkara harus dikekalkan dalam animasi-animasi ini, iaitu mutu dan jalan ceritanya yang harus sama dengan filem-filem yang lama agar nilai estetik filem lama dapat dikekalkan dan disebarkan kepada generasi baru.

    (reply)
  11. ShineStar  April 1, 2009

    Media electronik merupakan satu bahan propaganda yang secara tidak langsung tetapi dapat mempengaruhi ramai dengan cepat dan mudah. Ramai yang sering tertarik dengan ‘kecanggihan’ yang baru. media electronik terutama sekali ‘digital camera’, ‘computer softwares’ dan yang paling penting sekali media massa eltectronik (televisyen, radio, komputer). Dengan adanya banyak kemudahan dan kecanggihan yang boleh didapati atau dimahiri dengan cepat, tidak hairanlah jika kita katakan bahawa media electronik amat popular di kalangan ramai. saya pasti, semua yang menonton klip video ini akan menontonnya hingga habis. ini telah dapat membuktikan bahawa media electronik dapat menarik perhatian. sekiranya video klip ini mengandungi unsur propaganda, sudah pasti ramai yang terpukau dengan mudah. penggunaan bahasa dan penonjolan budaya juga dalam media electronik dapat mempengaruhi ramai. mengambil contoh, frasa atau kata-kata yang digunakkan akan dapat mempengaruhi penontonnya. dan kebudayaan yang ditonjolkan juga akan memberikan satu idea bahawa budaya itu adalah budaya yang boleh dicontohi sebab itu ia ditonjolkan. seperti contoh dalam klip video ini. ‘catach phrase’ nya ialah “bapak yang bersalah dalam hal ini” “bapak hanya pandai ‘anakku sazali anakku sazali'”. saya pasti ramai yang akan menggunakkan ‘catach pharase’ ini untuk mengusik rakan-rakan yang telah menontonnya juga. ataupun, mereka akan menyuruh rakan-rakan untuk menonton klip video ini. di sini saya boleh merumuskan bahawa media electronik adalah satu cabang propaganda untuk sesuatu bahasa dan bangsa.

    (reply)
  12. Mira Eedora  April 2, 2009

    “Namun, satu perkara harus dikekalkan dalam animasi-animasi ini, iaitu mutu dan jalan ceritanya yang harus sama dengan filem-filem yang lama agar nilai estetik filem lama dapat dikekalkan dan disebarkan kepada generasi baru.”- waniSaya setuju dengan pernyataan wani bahawa mutu cerita harus dikekalkan dengan filem-filem yang lama kerana kita dapat lihat bahawa cerita-cerita lama jauh lebih menarik dengan jenaka yang lebih real dan kelakar berbanding dengan jenaka hari ini yang dibuat-buat dan kadang kala tidak kelakar langsung. Namun demikian, pada pendapat saya, jalan cerita mungkin boleh diubah untuk merelevankan cerita dengan zaman ini kerana jikalau mereka hendak menonton filem zaman lalu, mereka boleh mendapatkan ‘feel’ yang lebih baik jika menontonnya pada filem berwarna hitam putih.

    (reply)

Add a Comment